Soalan Lazim (FAQ) WeKongsi
Soalan Lazim (FAQ) WeKongsi
Oleh: Afyan Mat Rawi
FAQ WeKongsi ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Ada sebahagian berbentuk pandangan peribadi dalam FAQ ini. Pastikan anda membaca FAQ yang terkini. Hubungi Afyan Mat Rawi untuk pengesahan
Kemaskini : 12 Jun 2026
1. Pengenalan
1.1 Apakah WeKongsi?
WeKongsi ialah platform perkongsian kos perubatan hospital yang menggunakan Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd atau e-MAS sebagai Third Party Administration (TPA) bagi rawatan dalam hospital dan MiCare sebagai TPA bagi rawatan pesakit luar ( outpatient ), yang mana telah bekerjasama dengan Heydoc Health untuk menyediakan perkhidmatan baru bagi manfaat rawatan outpatient secara dalam talian.
We Kongsi bukan insurans atau takaful, tetapi program perkongsian kos secara kolektif (crowd sharing).
1.2 Adakah WeKongsi patuh Shariah?
We Kongsi telah disahkan patuh syariah oleh Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd
Date :8 Januari 2026 hingga 7 Januari 2027

1.3 Adakah ini alternatif kepada medical card takaful?
Ia boleh menjadi alternatif, tetapi bukan pengganti kepada medical card takaful yang lebih lengkap dari segi perlindungan dan kawal selia.
1.4 Adakah WeKongsi berisiko menghadapi claim burst?
Sedangkan syarikat takaful yang mempunyai kawal selia ketat pun berisiko menghadapi claim burst, apatah lagi program seumpama ini.
Program ini mempunyai proses kemasukan yang ketat dan umur penyertaan yang terhad untuk mengurangkan risiko tersebut.
Tabungan claim akan burst apabila berlaku claim yang terlampau tinggi dan dalam masa sama tiada atau berkurangan kemasukan ahli baru.
Perkara ini sama sahaja konsepnya dalam medical card takaful.
1.5 Apakah kekurangan WeKongsi yang perlu dipertimbangkan?
- Tidak berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).
- Proses underwriting lebih ketat berbanding takaful.
- Peserta dengan masalah kesihatan tidak diterima kerana tiada pilihan loading atau pengecualian.
- Had umur penyertaan adalah bermula dari 14 hari – 45 tahun
2. Keahlian
2.1 Siapa yang layak menyertai WeKongsi?
- Berumur 14 hari hingga 45 tahun (kemasukan baharu).
- Warganegara Malaysia.
- Sihat dan tidak mempunyai penyakit
- Telus dan jujur
2.2 Bagaimana dengan umur lebih 45 tahun?
Ahli yang menyertai sebelum umur 45 tahun akan terus menerima manfaat sehingga seumur hidup, selagi akaun aktif.
2.3 Adakah WeKongsi sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan?
Tidak. Program ini hanya menerima peserta yang sihat.
2.4 Siapa yang sesuai menyertai WeKongsi?
A. Mereka yang tidak mempunyai medical card takaful:
- Pernah mempunyai medical card tetapi sudah lapse.
- Pernah ada medical card tetapi tidak meneruskan kerana repricing.
B. Mereka yang sudah mempunyai medical card dan ingin menambah perlindungan tambahan ke atas medical card sedia ada.
2.5 Adakah WeKongsi mempunyai pakej keluarga?
Tiada. Setiap ahli perlu membayar secara individu.
2.6 Jika saya ada penyakit bukan kritikal, adakah saya layak menyertai?
Bergantung kepada jenis penyakit. Anda WAJIB mengisytiharkan penyakit tersebut melalui soalan saringan kesihatan.
2.7 Pernah admit sebab demam. Sekarang dah ok. Boleh join tak?
Sebarang sejarah rawatan di hospital walaupun demam, perlu declare , pihak We Kongsi akan membuat penilaian.
2.8 Sebelum ini pernah accident, boleh join tak?
Bergantung pada kecederaan dan rawatan yang diterima selepas accident. WAJIB declare ketika menjawab soalan saringan kesihatan. Pihak We Kongsi akan membuat penilaian.
2.9 Jika saya ingin keluar dari program, adakah wang saya dipulangkan?
Deposit yang belum digunakan akan dipulangkan dalam tempoh 60 hari. Yuran keahlian tidak dipulangkan. Saya syorkan Tuan mulakan keahlian dengan Yuran Mode Bulanan iaitu dengan bayaran RM40 ketika pendaftaran.
2.10 Bagaimana untuk mendaftar?
Anda boleh mendaftar secara percuma melalui pautan berikut:
Klik di sini
2.11 Jika saya baru menyertai, berapa lama tempoh menunggu saya?
Tempoh menunggu WeKongsi
Segera
- Tuntutan segera iaitu dari hari pertama – 90 hari penyertaan Untuk sebarang rawatan kecederaan akibat kemalangan sehingga RM10,000 ( kes warded sahaja dan ahli perlu bayar dahulu- Pay & Claim ).
Selepas 90 hari – 180 hari
- Manfaat rawatan untuk penyakit biasa seperti selsema, denggi, keracunan makanan dan sebagainya
Selepas 180 hari
- Manfaat rawatan untuk penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, diabetes, kanser dan sebagainya.

Disclaimer : We Kongsi berhak untuk membuat siasatan bagi kes-kes tuntutan yang dirasakan perlu.
2.12 Perlukah saya membatalkan medical card sedia ada yang lebih mahal untuk digantikan dengan program WeKongsi ini?
Tidak disarankan membatalkan medical card sedia ada kerana tempoh menunggu dalam WeKongsi akan bermula dari awal, berbanding medical card sedia ada yang sudah berjalan.
2.13 Saya ingin daftarkan anak saya sebagai sharer, tetapi saya sendiri telah ada penyakit. Bolehkah saya menjadi Account Owner dan tambahkan anak saya sebagai sharer?
Ya, anda boleh menjadi Account Owner kerana Account Owner tidak tertakluk kepada status kesihatan. Hanya sharer saja tertakluk kepada status kesihatan.
3. Kos dan pembayaran
3.1 Berapakah yuran keahlian?


RM40 sebulan. Ada juga pilihan bayaran RM360 tahunan, atau RM100 setiap 3 bulan. Ahli juga digalakkan menjadi ejen affiliate dengan bayaran RM299 seumur hidup. Detail dalam topik 6. Menjadi ejen
- Selepas hari ke 60, RM150 ( Pakej Standard ) atau RM300 ( Pakej Deluxe ) akan ditolak dari akaun bank anda untuk dimasukkan ke dalam Tabung Perkongsian. Bergantung kepada pakej pilihan anda. Saya syorkan ambik pakej Standard dahulu. Pakej Standard boleh diupgrade bila-bila masa. Pakej Deluxe tidak boleh didowngrade ke pakej Standard.

3.2 Apa fungsi yuran keahlian?
Untuk kos operasi dan sistem IT, yuran pemasaran dan komisen rujukan, bayaran kepada TPA, dan caj gerbang pembayaran.

Berikut adalah penjelasan mengenai penggunaan yuran tersebut:
Yuran Operasi WeKongsi: Untuk menampung kos pengurusan dan operasi harian platform, memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.
Yuran Pemasaran dan Komisen Rujukan: Sebahagian daripada yuran ini digunakan untuk aktiviti pemasaran dan memberi ganjaran kepada rakan-rakan yang merujuk orang lain untuk menyertai WeKongsi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam program kami, walaupun perkongsian mungkin berkurang dari semasa ke semasa.
Yuran Pemegang Amanah Awam: Untuk memastikan pemegang amanah awam dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
Yuran TPA (Third Party Administrator): Untuk membayar kos perkhidmatan pihak ketiga yang membantu dalam pengurusan klaim dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Caj Perkhidmatan Gerbang Pembayaran (Payment Gateway): Untuk menampung kos transaksi yang dikenakan oleh penyedia gerbang pembayaran, memastikan proses pembayaran berjalan dengan lancar dan selamat.
Dengan purata lebih kurang RM1 sehari ( kos bayaran yuran tahunan RM360 belum termasuk bayaran yuran peekongsian ) , kita mungkin tidak dapat membeli aiskrim, tetapi dengan yuran keahlian ini, kita dapat memastikan semua aspek penting dalam WeKongsi terurus dengan baik.
Ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk masa depan kita bersama!
3.3 Berapakah jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam Sharing Account?
RM150 untuk Pakej Standard, dan RM300 untuk Pakej Deluxe.
3.4 Apakah fungsi Sharing Account?
Akaun ini sebagai deposit oleh para ahli dan akan dipotong apabila berlaku tuntutan kos hospital di kalangan peserta.

3.5 Berapa kos perkongsian setiap bulan?
Bergantung kepada jumlah tuntutan / claim setiap bulan, bermula dengan minima RM15 – RM75 ( maksima ), sebulan bagi perkongsian rawatan inpatient dan outpatient*. Perkongsian ini akan ditolak daripada Tabung/Akaun Perkongsian Ahli. ( Peserta boleh memilih untuk opt out dari manfaat rawatan outpatient selepas pendaftaran )
Bagi yang memilih manfaat rawatan inpatient sahaja, perkongsian maksima sebulan adalah RM60
Bergantung kepada jumlah tuntutan / claim setiap bulan, dengan maksima RM50 sebulan. Jika tiada peserta dimasukkan ke hospital pada bulan berkenaan, maka bayaran perkongsian ialah RM0. Ia akan ditolak daripada deposit di dalam Sharing Account tadi.

3.6 Bilakah perlu masukkan duit ke Sharing Account?
Ahli perlu lengkapkan eMandate semasa pendaftaran. Penolakan pertama dari akaun bank akan dibuat pada hari ke-60 selepas menjadi ahli. Penolakan seterusnya akan dibuat apabila akaun perkongsian mencecah kurang dari RM75.
3.7 Bilakah perkongsian bulanan akan diumumkan?
Perkongsian bulanan akan diumumkan pada 7hb setiap bulan.
3.8 Adakah ahli baru dikenakan perkongsian bulanan pada 7hb?
Tidak. Ahli yang baru daftar tidak dikenakan apa-apa perkongsian bulanan sehingga melepasi tempoh menunggu 90 hari.
3.9 Bagaimana jika auto debit gagal?
Ahli boleh membuat bayaran secara manual dalam masa 26 hari. Selepas tarih tersebut akaun akan diTERMINATE.
3.10 Saya pening. Berapa jenis bayaran semuanya?
- Untuk jadi ejen RM299 seumur hidup.
- Untuk jadi ahli RM40 setiap bulan (boleh juga pilih mode tahunan atau suku tahunan)
- Untuk deposit akaun perkongsian RM150 atau RM300 (bergantung pakej) dikenakan selepas 60 hari menjadi ahli. Penolakan dari akaun bank akan dibuat semula jika akaun perkongsian mencecah kurang dari RM75. Contoh : Jika selepas perkongsian, baki tinggal lagi RM70, maka We Kongsi akan tolak RM80 dari akaun bank untuk cukupkan akaun perkongsian kembali menjadi RM150 ( contoh jika ahli ambil pakej standard )
3.11 Bagaimana cara untuk mengemas kini butiran bank lain untuk eMandate?
Setting -> payment setting -> tekan [update payment method] untuk menukar akaun bank atau butiran bank yang lain’ Login semula ke portal melalui link ini
Klik di sini
3.12 Ada tak rekod bayaran crowd-sharing sharing setiap bulan oleh ahli selama ini?
We Kongsi adalah platform yang telus, berikut adalah rekod tuntutan sepanjang ia ditubuhkan.



Rekod bayaran bulanan ahli WeKongsi pada tahun 2023, 2024 dan 2025
Sejak WeKongsi bermula pada April 2023, baru sekali bayaran perkongsian mencecah RM50
Yang lain-lain tak pernah cecah RM50.
Alhamdulillah
4. Manfaat
4.1 Apakah manfaat yang ditawarkan oleh WeKongsi?
Manfaat We Kongsi terdiri dari
i) Manfaat Utama iaitu manfaat rawatan dalam hospital sehingga RM1,000,000, rawatan post hospital, manfaat rawatan pesakit luar kanser dan lain-lain lagi.
ii) Manfaat rawatan Outpatient iaitu COB untuk 17 sakit terpilih ( optional ).



4.2 Jika ahli meninggal dunia, bagaimana tuntutan khairat kematian dibuat?
Waris perlu menyediakan:
- Kad pengenalan si mati.
- Sijil kematian sementara.
- Laporan polis (jika berkaitan).
- Manfaat RM10,000 akan diberikan kepada waris
4.3 Apa fungsi Third Party Administrator?
Third Party Administrator (TPA) ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan manfaat perubatan dan kesihatan kepada organisasi, syarikat insurans, dan program seperti WeKongsi.

Fungsi utama TPA termasuk:
Mengurus tuntutan perubatan:
Proses kelulusan kemasukan hospital (admission). Verifikasi bil rawatan hospital. Pengendalian tuntutan yang dihantar oleh peserta.
Panel hospital dan klinik:
TPA bekerjasama dengan rangkaian hospital dan klinik panel di seluruh Malaysia untuk memastikan peserta mendapat akses kepada rawatan.
Sokongan 24/7
TPA menyediakan talian hotline untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan semasa kecemasan. Dalam konteks WeKongsi, syarikat TPA membantu menguruskan kemasukan hospital peserta serta memastikan proses tuntutan berjalan dengan lancar.
Syarikat TPA bagi WeKongsi untuk menguruskan kemasukan ke hospital ( inpatient ) ialah Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd atau e-MAS. Syarikat korporat dan institusi lain yang menggunakan e-MAS sebagai TPA mereka termasuklah PERKESO, City-Link Express, LHDN Malaysia malah juga beberapa syarikat insurans seperti Pacific Insurance dan Generali Insurance .
Manakala TPA yang menguruskan kes rawatan outpatient di klinik panel adalah MiCARE. MiCARE juga, dengan kerjasama HeyDoc Health telah memperkenalkan satu lagi ciri baru dalam manfaat outpatient di We Kongsi iaitu Telemedicine Service iaitu konsultasi dan prekripsi atas talian sebagai gandingan rawatan di klinik panel. Perkhidmatan ini baru dilancarkan pada 7 Jun 2026.
5. Proses Tuntutan
5.1 Bagaimana proses tuntutan untuk kemalangan dalam tempoh 0-90 hari?
Dapatkan rawatan di hospital, bayar bil dahulu dan claim kemudian.
(Pay and Claim bagi kes warded sahaja ).
Upload bil di dalam portal.
5.2 Bagaimana cara untuk warded?

- Dapatkan rawatan di panel klinik MiCARE, jika kes berlarutan minta surat rujukan daripada doktor klinik tersebut.
- Semak hospital panel eMAS di sistem WeKongsi.
- Hubungi Customer Service eMAS untuk pengesahan.
- Tunjukkan e-admission kad di hospital.

Setiap kemasukan ke hospital tertakluk kepada Co-payment bergantung kepada usia ahli We Kongsi .
- 25% – usia 0-5 tahun
- 10 % – usia 6- 45 tahun
- 20% – usia 46 ke atas
Namun Co-payment dihadkan kepada maksima RM500 per admission.
Co-payment akan dikecualikan selepas tahun ke 4, jika tiada sebarang tuntutan sebelum itu.
5.3 Adakah WeKongsi cover kos rawatan di Jabatan Kecemasan di hospital?
Tidak
5.4 Adakah cover untuk bersalin?
Tidak
5.5 WeKongsi cover tak outpatient atau klinik?
WeKongsi telah memperkenalkan ciri baru: Rawatan Pesakit Luar (Outpatient) di Klinik Panel MiCARE serta Telemedicine Service iaitu prekripsi oleh doktor melalui talian.
Apa itu Conditional Outpatient Benefits (COB) – WeKongsi?
Program ini membolehkan ahli mendapatkan rawatan pesakit luar untuk keadaan perubatan tertentu tanpa perlu dimasukkan ke hospital. Ini bertujuan untuk meningkatkan akses rawatan awal dan mengurus kos kesihatan dengan lebih berkesan.

Had Manfaat?
✔️ 2 episode per quarter 8 lawatan setahun.
✔️ Dihadkan pada RM120 setiap episode.

5.6 Apakah hospital panel bagi WeKongsi
Semua hospital panel bagi TPA eMAS adalah hospital panel WeKongsi, sebagaimana berikut
Senarai panel klinik MiCARE dan hospital panel eMAS boleh cek pada link kat bawah ni.
Hospital : wekongsi.com/hospital
Lokasi eMAS ni kat Wisma Perkeso.
https://maps.app.goo.gl/wLpHrL8ouk8izG6G8
Dan Perkeso juga merupakan salah satu klien eMAS.





Tengah sakit tapi tak tahu nak ke mana? Jangan risau! Ahli We Kongsi boleh cari hospital & klinik panel berdekatan dalam Webapp dan Website kami.
𝗧𝗮𝗸 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝟱 𝗠𝗶𝗻𝗶𝘁! Terus Jumpa Klinik & Hospital Panel Berdekatan!
Link penuh klik di sini
6. Menjadi Ejen
6.1 Bagaimana untuk menjadi ejen WeKongsi?
Yuran RM299 seumur hidup untuk menjadi ejen. Semua ahli digalakkan menjadi ejen.
6.2 Kenapa digalakkan menjadi ejen?
Supaya ahli dapat belajar proses tuntutan dan memahami cara pengurusan hospital untuk diri dan keluarga serta membina pendapatan pasif.
6.3 Berapakah kadar komisen sebagai ejen?
Bermula dengan 25% daripada bayaran yuran ahli yang direkrut melalui link referral ejen.
6.4 Berapa had umur untuk jadi ejen?
Tiada
6.5 Apakah syarat-syarat menjadi ejen?
Perlu menjadi ahli WeKongsi dan kemudian membayar yuran ejen RM299. WAJIB hadir sesi training sekurang-kurangnya sebulan sekali dan bertanggungjawab kepada ahli dibawahnya.
7. Soalan Bonus
7.1 Kenapa Afyan Mat Rawi mempromosi program ini sedangkan dia juga ejen takaful?
Sebagai alternatif kepada prospek yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan medical card takaful dan We Kongsi sebagai alternatif .
7.2 Kenapa Afyan Mat Rawi memilih WeKongsi berbanding program crowd sharing lain?
Kerana ia mempunyai sistem ejensi dan imbuhan menarik. Tambahan pula keahlian sudah melebihi 2,000 menuju je 3,000 dalam masa kurang 2 tahun.
Saya sertai tahun 2023 lagi, tapi hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja ketika itu memandangkan ia masih baru.
Tahun 2025 baru saya mula promote, selepas yakin program ini.
UPDATE: Tahun 2026, dah mencecah 7,500++ ahli aktif! Maksudnya dalam masa setahun 2025, keahlian baru seramai 4,000 orang!

7.3 Kalau tak silap, Afyan juga pernah join program crowd sharing lain?
Ya, sejak 2020 dan masih sebagai ahli perkongsi syarikat tersebut. Tahun 2023 syarikat tersebut hentikan sistem ejen lalu saya berhenti mempromosinya. Bekas ejen-ejen syarikat tersebut tubuhkan WeKongsi lalu saya sertai tapi hanya sebagai pemerhati pada awalnya sebelum mula aktif tahun 2025.

