Klinik Panel WeKongsi melalui e-MAS

WeKongsi juga boleh digunakan di 4,500 Klinik Panel seluruh Malaysia untuk rawatan pesakit luar.

Cuma bayar RM10 sahaja kos rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan pelan medikal WeKongsi.

Senarai Keadaan Perubatan Umum

Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja. Tak perlu ke hospital, kecuali jika perlu warded.

  1. Denggi
  2. Demam virus
  3. Bronkiolitis dan bronkitis
  4. Influenza (selesema)
  5. Jangkitan saluran pernafasan
    (Terhad kepada ahli berumur 15 tahun dan ke bawah)
  6. Gastroenteritis berjangkit & kolitis
  7. Pneumonia
  8. Tonsilitis dan faringitis
  9. Gastritis
  10. Jangkitan saluran kencing (UTI)
  11. Asma ringan
  12. Jangkitan sinus
  13. Luka kecil yang memerlukan jahitan
  14. Terseliuh dan ketegangan otot
  15. Patah tulang kecil (fraktur ringan)
  16. Jangkitan kulit
  17. Jangkitan telinga, hidung dan tekak (ENT)